Eidulfitri Mubarak

Assalamualaikum bloggers :)
Finally, Ramadhan dah pun berlalu. Dan Syawal dah pun menemui kita. Hmm. Cepat bukan putaran masa berlalu? :'/ Apa apa pun, saya di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Moga segala salah dan silap yang pernah dilakukan dimaafkan oleh pembaca semua, Insyaallah :) Btw, saya sebenarnya nak berstory-mory sikit dengan pembaca semua. Bukannya apa sangat pun, cuma ingin berkongsi pengalaman beraya dekat Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Alhamdulillah, tahun nih Allah  murahkan rezeki saya sekeluarga menunaikan ibadah umrah sekaligus menunaikan ibadah puasa dan beraya di sana. Syukur sangat sangat sebab ini merupakan tahun ketiga kitorang beraya kat sana. :)

Macam biasa, persiapan semuanya sama macam tahun sebelumnya. Sebelum pergi adalah jugak shopping situ sini. Tapi Alhamdulillah, tahun ni takda lah banyak sangat berbelanja dari tahun sebelumnya. Mungkin Allah jauhkan dari nafsu berbelanja barangkali. hihi :) Ohh lupa nak bagitahu, tahun nih kitorang bukan pergi dengan family kitorang je. Malah, family saudara mara yang lain pun join jugak. Aunty Harithun and Mak Ha pun ada. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki diorang. Ye, forsure bila dah ramai2 macam ni suasana meriah habis. Memang meriah! Tapi lagi meriah kalau keluarga Pak ngah, Mak ing and Mak lah ada sekali. Hmm. Takpa tahun depan Insyaalllah sampai lah kot :')

Perjalanan kami tahun ini takda lah mencabar sangat berbanding tahun lepas. Semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Yang bestnya, flight yang kitorang naik agak kosong. Tak ramai penumpang. Kitorang siap boleh  amik dua seat lagi tau. hihihi :p Anyway, tahun ni kami menginap di hotel Dar Ummu Hanee, sebuah hotel Felda. Walaupun agak jauh, tapi buffet yang disediakan memang memuaskan hati. Memang sedap hingga menjilat jari lah jawab nya. Eceh! over pulak aku nih -,-" Walaupun hotel kami jauh, tapi saya rasa tahun nih kami lebih rajin pergi masjid berbanding tahun lepas. Reason? taktahu lah jugak. Mungkin Allah jaga kami. Nafsu nak bershopping pun takda. Alhamdulillah. Memang jimat duit. hihihi.

Tahun nih, kami juga berkesempatan melawat tempat tempat bersejarah di Mekah. Antaranya, Jabal Thur, Jabal Nur, Jabal Rahmah dan lain lain lagi. Memang cukup seronok! :D Dah lama rasanya tak melawat tempat2 tersebut. Melawat pun time kecik2 dulu :') Btw, sekadar untuk berkongsi ilmu, Jabal Rahmah ialah sebuah tempat dimana Nabi Adam dan Hawa bertemu semula selepas dipisahkan oleh Allah swt. Sebab itu, disitulah orang orang islam pergi ke sana untuk meminta jodoh dan meminta agar hubungan mereka dengan pasangan mereka kekal sehingga akhir hayat. Kira macam Jabal Rahmah ni bukit cinta and smthg like that laa. maybe laa kot. Nak tahu lebih banyak pasal Jabal Rahmah, anda semua pandai2 lah google sendiri ye. hihi :) Ohh yaa, saya sempat juga naik motocar i think. taktahu apa benda namanya tuh. Tapi memang BEST GILA naik benda tuh. :D Nak naik unta act, tapi takda rezeki kan. Baru nak naik dah kena panggil naik bas. hmm. Takpa2, tahun depan ada rezeki pergi umrah lagi boleh laa naik unta pulak :) Insyaallah :)

Part tarawih, semuanya sama je dengan kita. Cuma diorang punya surah panjang panjang. Satu hari satu juzu'. Panjang bukan? Plus, diorang  solat sampai 20 rakaat. Subhanallah! Makcik2 dan pakcik2 yang kebanyakannya menunaikan solat sunat tarawih nih. Darah muda macam kita ni memang ada tapi tak full 20 rakaat lah kot. Saya pun apa kurangnya. Memang tak pernah full. Hmmm. Kesal lah pulak rasanya. Yalah, jarang jarang dapat solat tarawih dekat masjidil haram bukan? :'( tapi takpa, kalau ada rezeki pergi mekah lagi tahun depan, Insyaallah saya akan cuba buat full 20 rakaat!! *determine gila dah nih.Hihihi* :p Selain tarawih, Solat sunat Tahajud pun ada. Kat sini solat tahajud diorang 10 rakaat sahaja. Alhamdulillah, pernah lah jugak full 10 rakaat. Hihi. Bangga kejap. :p Semoga amalan amalan sunat yang saya lakukan semuanya diterima Allah SWT. Amin :)

bersama family tersayang


Time Raya, memang saat paling menerujakan :> heee. Dekat sini, orang arab punya style lain dengan orang melayu punya style. Kalau kita pakai baju melayu, baju kurung dll, diorang kat sini pakai jubah. Budak budak kecik pula pakai dress and something that looks cute. Ala2 princess pun ada. Memang comel lote lah diorang nih. Kalau dekat malaysia orang bagi duit raya dekat sini pulak orang bagi gula gula dan makanan. Kitorang pun sama jugak, dah alang2 bawa kuih raya share2 lah jugak dekat orang orang arab dekat sini. Alhamdulillah, tersenyum lebar kitorang bila diorang kata kuih raya kitorang tuh sedap. hihihih :> First time ever, kitorang jugak dapat experience beraya dengan student malaysia. Ada yang dari jordan dan ada juga dari Yaman. Yeah! Suasana dekat hotel tu memang gamit habis. Yang paling happening tentulah kami. hihihi. Kemain ambil gambar raya. :p Tapi yang bestnya, siap ada orang buat shooting lagi dekat hotel kami. Kami pun apa lagi, interframe lah sekali kan. HAHAHA! habis semua jadi pelakon tambahan. Adoyaiii. Cerita tuh bakal ditayang dekat tv RTM. Tarikh? hmm. taktahu lah juga. Nama cerita tuh pun dah lupa. -,-' Btw, kitorang bukan sekadar ambil gambar dekat hotel je, siap pergi jalan jalan sekitar masjidil haram dan shopping mall untuk ambil gambar. Memang raya sakan ah. :'D

Setelah hampir seminggu lebih berada di mekah, kini kami terpaksa meninggalkan kota suci tersebut. Ye, cukup sedih. Tak boleh digambarkan dengan kata kata. Bila sekali dah datang, forsure rasa nak datang lagi. Moga2 Allah murahkan rezeki kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Nya lagi. Insyaallah :)
Subhanallah. Indahnya bumi Madinah :')

Sebelum pulang ke tanah air, kami sempat menjejakkan kaki ke bumi Madinah dulu. Subhanallah. Bumi Madinah memang cukup cantik dan bersih. Keadaannya juga tidak terlalu crowded. Alhamdulillah, tahun ni saya berkesempatan memasuki raudhah, taman syurga. Memang sebak bila menjejakkan kaki di sana. First time rasa dekat gila dengan Rasulullah SAW. Rindu dekat belia memang menggunung. Tak putus putus saya berselewat semasa di Raudhah. Ye, tidak dinafikan kami terpaksa bertolak tolakan untuk masuk ke dalam raudhah. Terlalu ramai orang. Tapi, Alhamdulillah saya dapat jugak menunaikan solat sunat dalam raudhah. syukur sangat sangat. :)




Meziarahi ladang kurma. Kurma Ajwa THE BEST!! ^^

Di Madinah, kami juga berkesempatan melakukan satu sunnah iaitu menziarahi tempat tempat bersejarah di Kota Madinah. Macam macam tempat kami lawat, antaranya Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblataini dan lain lain. Time saya melawat Jabal Uhud harituh, teringat kisah Saidina Hamzah bapa saudara Rasulullah SAW. Subhanallah, bila mengenangkan bertapa darah juang beliau memang saya tidak nafikan, saya memang ingin jadi macam belia. Rela bertarung nyawa demi menegakkan agama islam. Tapi apakan daya, iman saya tidaklah seutuh beliau. :') Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah :) Saya juga ada teringat ada satu masjid dimana bila kita lakukan hanya dua rakaat solat sunat pahalanya sama banyak seperti pahala orang menuanaikan umrah. Tak silap saya masjid quba' tapi tak pasti juga. Subhanallah. Cuma melakukan solat sunat dua rakaat sahaja dah dapat pahala sebesar itu? Mudah bukan? :) Sesungguhnya Islam itu mudah dan indah. :') Barakallah.

Setelah berada beberapa hari di Kota suci Madinah, kini terpaksalah kami meninggalkan bumi haram itu. Sedih sebak semuanya bercampur aduk. Kalau boleh nak duduk dekat madinah dengan mekah sampai akhir hayat. Insyaallah, kalau ada rezeki termakbul lah nanti. Tapi apa apa pun, syukur sangat sebab Allah permudahkan segala urusan kami sepanjang perjalanan. Dan terima kasih saya tuju kan buat Abang Zaidi yang banyak membantu Abah dalam menguruskan jemaah kami tahun ini. Semoga beliau sekeluarga diberkati oleh Allah SWT. Dan Insyaallah, kalau ada rezeki sampai lah kami ke sana nanti tahun depan. Doa2 kan kami supaya murah rezeki ye. :)

Apa apa pun, terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca blog saya yang tak seberapa nih. Ampun maaf jika ada terkasar bahasa. Dan sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para pembaca yang disayangi. Insyaallah, ada masa kita bertemu lagi dalam post yang akan datang.
Assalamualaikum. <3


Comments