Kita sering dilanda hasad dengki
Assalamualaikum dearest readers :)
Apa khabar? Semoga sentiasa dalam lindungan Allah Swt. :)
Seperti mana yang kita tahu, hasad dengki, syak wasangka dan yang sekaum dengannya merupakan sifat keji syaitan laknatullah. Sudah pasti kita sebagai seorang manusia tidak lekang daripada melakukan dosa dosa yang sedemikian. Ya, sama seperti insan yang alpa ini. Sering berasa iri hati dan mempunyai hasad dengki terhadap orang lain. Astaghfirullahalazim! Ya Allah, ampunilah dosa ku Ya Allah.
Harini, hati kecil saya dilanda rasa gelisah. Terfikirkan dosa yang baru sahaja dilakukan di sekolah sebentar tadi. Bagi remaja seperti saya, mungkin ada yang menganggap iri hati, dengki dan sebagainya adalah satu benda yang remeh temeh. Ya, saya akui saya memang jahil! :/ Sebenarnya, perkara yang remeh temeh itulah yang menggelapkan hati ini dan membuatkan kita semakin lupa akan yang Maha Esa.
Sebenarnya tadi ada perjumpaan pengawas di sekolah. Macam biasa, senior-senior form 3 akan bagi nasihat dan teguran buat kami. Tapi taktahu lah kenapa. Setiap kali mereka memberi teguran pasti semuanya nampak salah dan saya rasakan hanya diri ini yang betul. Segala yang mereka lakukan nampak buruk di mata saya. "Kak yan ni itulah ini lah. Kak atul nih suka marah marah bla bla bla....." Bila dah berhasad dengki dengan orang lain, sudah pasti acara ngumpat mengumpat akan tercetus. Lagi bertimbun-timbun dosa terpaksa dipikul. Astagfirullahalazim! Alhamdulillah, nasib baik baru terbaca satu buku yang bertajuk "Meniti jalan suci" semalam. Buku tersebut ada menceritakan tentang bertapa kejinya perbuatan mengumpat. Bila teringatkan cerita dalam buku tu terus saya beristifar.
Firman Allah Swt dalam surah Hujurat ayat 12:
" Wahai orang-orang beriman, jauhilah prasangka buruk, kerana hal itu ialah dosa. Jangan mengorek-ngorek aib orang lain dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Mahukah salah seorang kamu memakan daging (bangkai) saudaramu? Pasti kamu tidak suka memakannya, bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat, lagi maha pemurah."
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Sesiapa yang mengumpat sekali sepanjang hidupnya, maka Allah menimpakan sepuluh macam derita akan seksaan kepadanya, iaitu jauh dari rahmat Allah, malaikat enggan menghampirinya, mendapat kepedihan yang tidak tergambar semasa dicabut nyawanya, menjadi hampir terjerumus ke dalam neraka, menjadi jauh dari syurga, bakal mendapat seksaan kubur, kehilangan semua amal pahalanya, jiwa Nabi Muhammad berasa sakit akibat ghibahnya, Allah begitu murka kepadanya dan mengurangkan kebaikannya pada hari kiamat semasa berdepan dengan mizan (hisab)"
MashaAllah! Sampai bergitu sekali seksaan bagi orang orang yang mengumpat. Nauzubillahminzalik! "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dari Mu dari perbuatan mengumpat dan syak wasangka terhadap orang lain".
Setelah membaca firman Allah dan sabda Rasulullah tersebut, barulah saya sedar bertapa kejinya pebuatan mengumpat. Saya akui saya pernah mengumpat rakan rakan sekolah, guru guru dan malah ahli keluarga sendiri. Astaghfirullah alazim. Ya Allah ampunilah daku, ampuni lah dosa ku ini Ya Allah :/ Kalau difikir fikirkan balik hati ini berkata "Kenapalah aku jadi macam nih?! tak matured langsung tahu tak?!!" Oleh sebab itu, mulai hari ini saya berazam untuk menjadi lebih baik dan cuba untuk menghindari perbuatan mengumpat. Dan saya juga berazam untuk memperbaiki hubungan dengan senior senior form 3. InsyaAllah. Sebenarnya, mereka menegur saya demi kebaikan saya juga dan bukanlah untuk kepentingan diri mereka sendiri. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah Swt. Amin :)

Comments
Post a Comment