Sahabat
Assalamualaikum readers :)
Post kali ini, memang berkait rapat dengan lumrah kehidupan kita. Saya pasti semua pembaca pasti mempunyai seorang kawan, sahabat dan teman rapat. Yes, same goes to me. Alhamdulillah, Allah Swt kurniakan saya dengan sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang cukup baik, penyayang dan sporting :)
Apa maksud sahabat? Hmm. Bagi saya, sahabat adalah seorang insan yang menjadi peneman kita atau insan yang sedia mendengar luahan kita. Terpulanglah kepada individu masing masing, tak kiralah apa maksud SAHABAT bagi para pembaca, yang pasti sebagai seorang manusia, kita memang perlukan sahabat. Dan saya rasa takda seorang manusia pun yang takda sahabat. Wallahua'lam.
Sesungguhnya Saidina Ali pernah berkata "Selemah lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia siakan sahabat yang telah dicari." Subhanallah! Sampai begitu sekali pentingnya sahabat dalam hidup kita.
Ada beberapa pesanan Imam Al Ghazali dalam memilih kawan :-
- Pilih kawan yang BERAKAL. Jangan pilih kawan yang BODOH kerana ia akan menajdi musuh & menyakitkan hati.
- Pilih kawan yang BERAKHLAK. Jangan pilih kawan yang JAHAT kerana akan dirangsang nafsunya.
- Pilih kawan yang SOLEH. Jangan pilih kawan yang FASIQ kerana akan diajar kepada kita pekerjaan dosa dan maksiat.
- Pilih kawan yang BERSEDERHANA. Jangan pilih kawan yang TAMAK kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat permurah.
- Pilih kawan yang BERCAKAP BENAR. Jangan pilih kawan yang SELALU BERCAKAP BOHONG kerana akan memusnahkan jiwa.
Comments
Post a Comment